“Ummi, Adik Cantikkan?” Luahan Ibu Mngsa Pelajar Terhidu Gas Beracun di Pasir Gudang Buat Ramai SEBAK

Sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor diarah tutup serta-merta berkuat kuasa hari ini, ekoran pencemaran sisa kimia.

Kejadian tersebut bukan sahaja mencemaskan rakyat di sekitar negeri Johor malah rakyat di seluruh negara turut berasa terkesan dengan kejadian tersebut. Apa tidaknya, beratus pelajar dikejarkan ke hospital.

Seorang ibu mngsa pelajar yang dimasukkan ke ICU telah meluahkan kata-kata di FB, menarik perhatian ramai.

” Assalamualaikum semua sahabar-sahabat fb yg mengenaliku ataupun tidak….mohon solat hajat dn doa dari kalian semua utk Allah berikan kesembuhan buat Anakndaku yg dikasihi AFFZA BALQIS BINTI AHMAD SAHREL panggilan manja “Adik”, 14 tahun dari Smk Tg Puteri Resort Pasir Gudang.

” Anakndaku kini dlm keadaan kritikal di Icu Hospital Sultan Ismail, Johor akibat terhidu gas methana (beracun) yg menular di pasir gudang (perbuatan pihak yg tdk bertangungjawab)

” Akibatnya majoriti mangsa-masngsanya adalah anak2 sekolah yang tidak berdosa…..masih tergiang giang ditelingaku semasa berslm sebelum adik keluar ke sekolah dihari kejadian 12/3/19.

” Adik: ummi…., adik cantik kan..( sambil peluk dn cium ummi dgn manja)

” Ummi: ya syg….adik cannntiiikk sgt2, tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik cantik niat krn Allah tau…

” Adik: ya ummi..( sambil kukucup dahinya) -dgn bapanya pula dia cium dn peluk erat2 smbil berkata adik nk peluk bapa.( seorg anak yg manja dn taat pd ibubapa).

” Ummi Bapa redha dgn ujian Allah ini tapi bila ummiBapa tgok adik terbaring kaku dgn alat bntuan pernafasan dn segala mcm alat membuatkan hati ummibapa lemah dn longlai seluruh anggota…ummibapa hanya mampu menadah tgn pd yg Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik syg.

34 sekolah ditutup serta merta

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata arahan itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini menimpa murid dan warga sekolah.

“Selepas melihat situasi yang semakin meruncing, semalam saya mengarahkan semua sekolah dalam radius tiga kilometer ditutup serta-merta dan arahan ini membabitkan 11 sekolah secara keseluruhan.

“ Malangnya, hari ini saya dimaklumkan keadaan semakin kritikal dan untuk mengelakkan perkara tidak diingini menimpa murid dan warga sekolah, saya telah mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini.

“ Guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan masih berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ini kata-kata Menteri Pendidikan

Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah terjamin.

Beliau berkata, penjenayah yang melakukan kesalahan berat itu mesti dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

“ Saya difahamkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang membabitkan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sedang bersidang dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan negeri, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, polis dan Majlis Keselamatan negeri.

“ Kementerian memandang serius isu ini kerana ia membabitkan risiko nyawa kepada murid, guru dan pekerja sekolah,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Apaituilmu

Sumber : menujukebenaran & bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *